Bedah siasat saksi kes terowong petang ini

 

foto hiasan

 Bedah siasat terhadap individu bergelar Datuk yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 unit kondominium di Jalan Kelawei, Pulau Tikus, di sini, semalam, dijangka dilakukan petang ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, bedah siasat dijangka dilakukan pada jam 2.30 petang ini.

“Sekiranya tiada sebarang perubahan (waktu),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mayat lelaki berusia 53 tahun yang juga ahli perniagaan sebuah syarikat pemaju hartanah itu ditemukan berhampiran kolam renang dalam keadaan cedera parah.

Polis mengesahkan menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.20 pagi.

Mangsa adalah saksi pendakwaan utama kes projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang serta pernah memberi keterangan di mahkamah sebelum ini.

Difahamkan mangsa tinggal bersama isteri serta dua anaknya masing-masing lelaki dan perempuan di unit kondominium itu.

metro



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker