Jumlah jangkitan cacar monyet global kini mencecah 70,000

GENEVA – Jumlah jangkitan cacar monyet di peringkat global kini mencecah 70,000 kes dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan amaran supaya orang ramai berjaga-jaga meskipun berlaku penurunan kes baharu.

Katanya, jumlah kes minggu lalu semakin meningkat di beberapa negara di Amerika dan menekankan mengenai kemunculan kes baharu yang perlahan di seluruh dunia, yang boleh menjadi masa ‘paling berbahaya’.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata lebih 70,000 kes kini dilaporkan kepada agensi kesihatan PBB tahun ini, dengan 26 kematian.



“Secara global, kes terus menurun, tetapi 21 negara pada minggu lalu melaporkan peningkatan kes, kebanyakannya di Amerika, yang menyumbang hampir 90 peratus daripada semua kes yang dilaporkan minggu lalu.

“Wabak yang semakin berkurangan boleh menjadi wabak yang paling berbahaya, kerana ia boleh mempengaruhi kita untuk berfikir bahawa krisis sudah berakhir dan menyebabkan kita sambil lewa,” katanya dalam sidang akhbar di Geneva.

Beliau berkata, WHO sedang bekerjasama dengan beberapa negara untuk meningkatkan kapasiti ujian mereka dan turut memantau trend.

“Kami bimbang mengenai laporan kes di Sudan, termasuk di kem pelarian berhampiran sempadan dengan Ethiopia.



“Seperti Covid-19, cacar monyet kekal sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan tahap antarabangsa dan WHO akan terus menganggapnya sedemikian,” tambah Tedros lagi.

Peningkatan jangkitan cacar monyet dilaporkan sejak awal Mei lalu dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki, di luar negara Afrika di mana cacar monyet sudah lama menjadi penyakit endemik.

Lebih daripada 42,000 kes kini dilaporkan dari Amerika dan hampir 25,000 dari Eropah.

Kes turut dilaporkan di 107 negara anggota WHO tahun ini, walaupun 39 daripadanya tidak mencatatkan kes baharu dalam tempoh 21 hari lalu.



10 negara mencatat jumlah kes tertinggi adalah Amerika Syarikat (26,723), Brazil (8,147), Sepanyol (7,209), Perancis (4,043), Britain (3,654), Jerman (3,640), Peru (2,587), Colombia (2,453), Mexico (1,968) dan Kanada (1,400).

Negara-negara ini juga menyumbang hampir 87 peratus daripada kes global.

Data WHO juga menunjukkan, 97 peratus pesakit adalah lelaki, dengan purata umur 35 tahu, 90 peratus dikenal pasti sebagai lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki manakala 49 peratus lagi adalah positif HIV.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading