Tipu muslihat Mahathir didedahkan.
Oleh Adam Malik
Mahathir bertanding semula untuk kerusi Parlimen Langkawi walaupun sudah beberapa kali sebelum ini membuat kenyatakan dia tidak akan bertanding lagi.
Dolak dalik Mahathir yang sentiasa berubah ubah sudah pun difahami oleh semua rakyat yang peka politik.
Ini menjadi mudah untuk diteka kerana politik Mahathir berpaksi kepentingan peribadi dan bukan berpaksi kepentingan rakyat.
Yang berkepentingan rakyat akan konsisten dalam pendirian.
Sambil itu seringkali Mahathir beri alasan Tindakan yang dibuat adalah sebab pihak lain dan bukan dirinya.
Jika hendak menjadi Perdana Menteri ia atas sebab ramai orang lain yang mahu dia jadi Perdana Menteri.
Pejuang rakyat tidak akan cakap begini, pejuang rakyat akan konsisten.
Seorang penganalis poliitik Azmi Hassan membuat andaian bahawa Mahathir mahu bertanding kerusi Langkawi atas sebab perkiraan bahawa akan ada keputusan perpecahan undi pada keputusan PRU15 dan Mahathir berharap atas sebab hampir semua parti ketiadaan majoriti besar dan tidak dominan , maka Mahathir akan ambil kesempatan dari situ untuk menjadi “power broker’ membuat gabungan dengan menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri.
Harus di ingat , kesemua parti meletak kan calon Perdana Menteri mereka , lalu apabila terdapat jumlah kerusi yang tidak mencukupi mereka tidak boleh menjadi Perdana Menteri , maka masing2 tidak setuju pihak lain menjadi Perdana Menteri pula, maka disitu lah Mahathir cuba menyelit lalu kompromi dirinya menjadi Perdana Menteri.
Ada juga pihak lan berpendapat apa yang Mahathir cuba lakukan adalah berharap PERKASA dan PUTRA dapat membawa sejumlah penyokong UMNO menyokong Gerakan Tanah Air.
Mahathir tidak perlu banyak kerusi , sekadar GTA dapat 3 atau 4 kerusi isahaja untuk Mahathir menjadi ‘broker’.
Memang begitu cara Mahathir selepas PRU14.
Beliau menunggu MP yang menang untuk diugut, diumpan dan ditawarkan , hatta 12 MP UMNO lompat kepada nya.
Oleh sebab akta lompat parti sudah dilaksana kan , maka Mahathir akan tawar seluruh parti, kerana ini tidak menjadi kesalahan, kerana kesalahan hanya jika individu sahaja yang melompat.
Begitu antara langkah2 dan tipu daya Mahathir untuk rencana Kembali berkuasa selepas PRU15.
Mahathir amat terdesak kerana banyak perkara bakal terlondeh terbarai berkaitan dirinya dan kuncu2 nya jika Barisan Nasional yang memerintah.
Kes2 dan RCI yang sedang berlansung dan ‘pending’ seperti kes Zeti Aziz dan Nazlan dan Pulau Batu Puteh sangat merunsingkan Mahathir.
Ia belum lagi disiasat yang lain2 ketika dia meneraju kerajaan 22 bulan.