Ukraine masih harapkan bantuan
Ukraine masih harapkan bantuan
KYIV: Ukraine mendakwa mampu mematahkan sebahagian besar serangan Russia, namun pada masa yang sama masih mengharapkan bantuan dari negara lain.
Presiden Volodymyr Zelensky dalam satu mesyuarat `merayu’ kepada pemimpin negara Kumpulan Tujuh (G7) untuk tampil menyalurkan lebih banyak bantuan pertahanan udara kepada Ukraine.
Gesaan itu dibuat ketika negara kaya-raya itu berjanji untuk menyokong Kyiv selagi mampu berbuat demikian.
Mesyuarat secara maya itu diadakan sehari selepas beberapa bandar besar Ukraine termasuk Kyiv ‘dihujani’ peluru berpandu selepas Russia melancarkan serangan udara berdarah.
Zelensky bertindak balas dengan menyeru pemimpin negara G7 memberikan Ukraine `perlindungan ruang udara’ bagi menghentikan serangan Russia.
“Saya memohon anda semua mengukuhkan usaha untuk membantu dari segi kewangan dengan mewujudkan perlindungan ruang udara bagi Ukraine.
“Berjuta-juta rakyat Ukraine akan bersyukur kepada negara G7 atas bantuan demikian kerana dilindungi daripada serangan udara,” katanya dalam satu video.
Zelensky juga memberi amaran Russia masih mempunyai ruang dan peluang untuk mencetuskan ketegangan lanjut selepas serangan berdarah peluru berpandu di seluruh negara itu.
IKRAR TERUS BANTU UKRAINE
Kumpulan pemimpin negara G7 dalam satu kenyataan bersama berikrar untuk meneruskan `bantuan kewangan, kemanusiaan, ketenteraan, diplomatik dan undang-undang’ selama yang diperlukan ke Ukraine.
Negara-negara itu juga mengecam tindakan Russia dengan menyifatkan serangan ke atas orang awam merupakan jenayah perang.
Malah, pemimpin negara G7 turut berjanji untuk `mengheret Russia dan pihak yang terlibat dalam pertumpahan darah membabitkan orang awam ke muka pengadilan.
Para pemimpin G7 juga menyokong usaha Ukraine merampas semula beberapa wilayah negaranya yang diisytiharkan menjadi sebahagian daripada Russia itu.
Selain itu, mereka juga menyelar tindakan Russia yang mengancam untuk menggunakan senjata nuklear.
“Kami kesal dengan tindakan Russia termasuk pengerahan anggota tentera simpanan dan ancaman guna senjata nuklear yang mampu membahayakan keselamatan dan keamanan dunia.
“Kami juga menegaskan sebarang penggunaan senjata kimia, biologi atau nuklear oleh Russia hanya akan mengundang implikasi yang teruk,” jelas kenyataan itu.
Bagaimanapun, kumpulan pemimpin negara G7 itu tidak memberi maklum balas secara khusus terhadap permohonan Zelensky untuk meningkatkan pertahanan udara.
KEKAL PENDIRIAN
Ketika Ukraine merayu bantuan, Russia pula dilihat kekal dengan pendirian menyekat pengeluaran minyak selain bersetuju dengan langkah diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebelum ini.
Presiden Russia, Vladimir Putin memuji hubungan negaranya dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) semasa mengadakan pertemuan dengan Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan di Saint Petersburg.
Beliau juga mengalu-alukan keputusan negara itu untuk mengehadkan pengeluaran minyak bagi menstabilkan pasaran tenaga di peringkat global.
Putin menyifatkan hubungan antara kedua-dua negara itu sebagai `faktor penting kestabilan’ di rantau itu dan dunia. – AGENSI
Anwar akan bertanding dikerusi Bandar Tun Razak?
Ukraine masih harapkan bantuan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mungkin bebas kerana kes terlalu lemah, bukan kerana UMNO menang PRU15 seperti andaian Mahathir
- Debaran Pembubaran Sudah Berakhir, Debaran Pencalonan Bermula
- BN Mesti Gerakkan Pasukan Media Mulai Sekarang Sekiranya Mahu Menang PRU 15
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :