Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 10 pagi ini.

Menerusi laman aplikasi Telegram MetMalaysia memaklumkan negeri dijangka berdepan cuaca buruk ini ialah Perlis, Kedah, Perak dan Sabah.

Di Kedah, daerah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pedang manakala di Perak ia membabitkan Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar, sementara di Sabah membabitkan daerah Tawau.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker