PRU-15 rancakkan lagi industri penerbangan

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 (PRU-15) dijangka mampu merangsang lagi pemulihan dalam industri penerbangan dengan kesan positif jangka panjang dilihat terhadap trafik penumpang dan impak positif jangka pendek ke atas tambang penerbangan.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) berkata, dari segi sejarah, trafik penumpang cenderung meningkat semasa PRU apabila pengundi kembali ke kawasan mengundi masing-masing untuk mengundi, terutamanya pengundi yang kawasan mengundinya merentasi Laut China Selatan di Sabah dan Sarawak.

Ia menambah, trafik penumpang domestik Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat 18 peratus pada 2013 (PRU-13) dan tiga peratus pada 2018 (PRU-14).



Manakala, katanya Capital A Bhd, pengendali AirAsia, menyaksikan trafik penumpang operasi Malaysia meningkat 11 peratus dalam kedua-dua PRU-13 dan PRU-14.

“Kami menjangkakan PRU-15 mempamerkan trend yang sama. Apa yang menarik minat kami lagi ialah peningkatan trafik penumpang pada masa lalu nampaknya berstruktur.

“Dalam erti kata lain, trafik penumpang tidak meredakan pasca-PRU tetapi stabil malah terus berkembang,” katanya dalam nota penyelidikan, hari ini.

Justeru, Maybank IB mengekalkan saranan ‘positif’ terhadap sektor penerbangan Malaysia, tetapi menyatakan impak PRU-15 ke atas sektor itu mungkin kurang kuat kali ini, kerana peratusan keluar mengundi mungkin tidak setinggi PRU-13 (80 peratus) dan PRU-14 (76 peratus).



-BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading