Lihat hantu selepas bawa pulang patung

Oleh – Syeikh Baran


Lihat hantu selepas bawa pulang patung
GAMBAR HIASAN

Seorang lelaki nekad memulangkan patung yang diambil oleh anaknya dari sebuah wat di wilayah Nakhon Nayok, Thailand selepas budak lelaki itu mendakwa dia mula melihat hantu, lapor laman berita Thaiger.

Ponchai, 31, kembali ke Wat Lam Bua Loi di daerah Tha Ruea bersama keluarganya dengan membawa sebuah patung mainan Hulk, bunga dan satu set peralatan keagamaan untuk diberikan kepada sami.



Menurutnya, dia pernah mengunjungi wat tersebut sebelum ini, di mana anaknya membawa pulang patung tersebut semasa lawatan itu.

Namun selepas pulang, anaknya mula mengalami masalah kesihatan dan salah satu lengannya terkehel.

Keluarga itu mula bimbang apabila mereka menyaksikan susuk lelaki berbadan besar berkeliaran di sekitar rumah selain dan anak Ponchai sering menyebut ‘hantu’.

Kanak-kanak itu sering menangis dan mendakwa melihat hantu, manakala beberapa ahli keluarga lain memberitahu mereka turut melihat lembaga bertubuh besar di rumah hampir setiap malam. 



Disebabkan percaya semua kejadian misteri itu berpunca daripada mainan yang diambil, Ponchai memutuskan untuk mengembalikannya semula ke wat tersebut. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading