BN perlu kembali stabilkan negara

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


BN perlu kembali stabilkan negara

Sesuai dengan slogan ‘Kestabilan dan Kemakmuran’, BN – Barisan Nasional perlu kembali menguasai Putrajaya bagi menjamin negara kembali ke landasan.



Menoleh rekod Barisan Nasional selama 6 dekad menjaga kebajikan rakyat, perlu diakui masih belum ada mana-mana pihak mampu menandinginya.

Kini, Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dan Presiden BN pula akan menggepalai ‘peperangan’ PRU15 bagi mengembalikan senyuman di bibir rakyat Malaysia.

Selepas 8 Mei 2018, politik Malaysia menjadi antara sebab pelabur luar negara enggan meneruskan pelaburan mereka di dalam negara.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir terpaksa belajar menerima hakikat beliau tidak berkuasa sepenuhnya kerana DAP, PKR, AMANAH dan lain-lain turut berperanan dalam menentukan dasar negara.



MAHATHIR ‘KUCUP TANGAN’ DAP DEMI KUASA 

BN perlu kembali stabilkan negara

Satu perkara yang agak luar biasa buat Mahathir yang pernah memimpin negara dengan sokongan padu BN dan Umno. Beliau perlu belajar berkongsi kuasa dan menerima nasihat dari DAP – musuh politik selama beliau berkecimpung dalam politik.

Kekalutan politik negara ketika itu tidak memberi pelabur luar pilihan melainkan terpaksa menarik pelaburan dan mencari lokasi baru. Ditambah dengan keegoan Mahathir yang menyebabkan negara hilang pengimport utama hasil keluaran negara iaitu minyak sawit.

Belum lagi menyentuh pembatalan projek mega yang diusahakan kerajaan BN sebelum ini. Kononnya pembatalan projek dapat menjimatkan wang negara sedangkan hakikat sebenar, ia merosakkan reputasi Malaysia di mata luar.



Kebangkitan luarbiasa BN bermula pada PRK Cameron Highlands selepas rakyat mulai sedar mereka telah tertipu dengan tohmahan PH selama ini. Menteri Besar Pahang ketika itu, Wan Rosdy Wan Ismail yang mewakili BN di Pahang telah menerima tekanan politik yang kuat dari Kerajaan Persekutuan di bawah PH.

Bagaimanapun, semangat Barisan Nasional tetap kukuh dalam menongkah arus dan terbukti apabila rakyat mula bersuara menerusi kertas undi.

Berjaya meyakinkan rakyat, hanya BN yang mampu membela nasib rakyat yang merasakan mereka ditindas oleh Kerajaan PH, sinar sudah mulai menyebelahi Barisan Nasional.

PRK seterusnya mencatat rekod cemerlang sehingga menimbulkan gerun kepada Pakatan Harapan. Melihat kepada kecenderungan rakyat kembali memilih BN, PPBM selaku komponen dalam Pakatan Harapan mula mencongak nasib jika masih terus berada dalam PH.



REKOD BARISAN NASIONAL MENJAGA KEPENTINGAN RAKYAT MASIH BELUM MAMPU DITANDINGI PIHAK LAIN

 

BN perlu kembali stabilkan negara

Zahid Hamidi selaku Presiden Umno dan Presiden BN akan menggepalai ‘peperangan’ PRU15 bagi mengembalikan senyuman di bibir rakyat Malaysia.

Beliau perlu diberikan sokongan maksimum semua jentera dan ahli parti bagi melaksanakan misi BN menawan kembali Malaysia.



Rekod BN perlu ditonjolkan selain gerak kerja yang efektif diteruskan bagi mendekati pengundi. Pengundi pertama kali perlu diberikan kefahaman pentingnya PRU15 demi masa depan yang lebih terjamin di bawah payung Barisan Nasional.

Promosikan apa sahaja kebaikan yang telah dan sedang dilakukan BN untuk rakyat dan jelaskan isu-isu yang dilemparkan terhadap BN.

Ramai anak muda sebenarnya terpedaya dengan tohmahan dan fitnah yang dilontarkan pihak lawan menerusi pelbagai medium. 

Media sosial menjadi medium paling utama untuk pihak lawan menabur serta mencambah kebencian terhadap BN. Usah terlepas pandang kerana pihak lawan menggunakan semaksimum mungkin platform media sosial bagi mendekati pengundi.



Tunjukkan kepada rakyat mengapa BN perlu kembali untuk stabilkan politik dan paling penting ekonomi Malaysia.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button