Dua ditahan, bistro beroperasi tanpa lesen hiburan sah

Kuching: Polis menyerbu bistro yang beroperasi sebagai pusat hiburan tanpa lesen di Jalan Bandar Baru Batu Kawa di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,

dalam serbuan 2.55 pagi itu, pihaknya turut menahan lelaki yang juga penjaga premis berusia 37 tahun dan pekerja wanita, 26.



“Sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menggerakkan Op Pusat Hiburan dan memeriksa premis itu sebelum mendapati ia beroperasi tanpa lesen hiburan sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal Abidin berkata, polis merampas komputer riba, mikrofon, alat kawalan mikrofon, pembesar suara dan dua keping resit bercetak atas nama bistro terbabit.

“Suspek serta barangan rampasan dibawa ke IPD Padawan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5(1) Ordinan Hiburan,” katanya.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading