Kes pelajar lari asrama kerana dibuli: Polis akan panggil rakan mangsa, pentadbir sekolah

Kes pelajar lari asrama kerana dibuli: Polis akan panggil rakan mangsa, pentadbir sekolah

Kes pelajar lari asrama kerana dibuli: Polis akan panggil rakan mangsa, pentadbir sekolah
Foto dikongsi orang ramai ketika pelajar 14 tahun yang lari dari asrama sekolahnya pada 7 Disember lalu kerana mendakwa tidak tahan dibuli, ditemukan di hadapan sebuah masjid di Bandar Tun Razak, Cheras.

KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan semua pihak berkaitan kes pelajar melarikan diri dari asrama sebuah sekolah di Cheras pada awal pagi awal bulan lalu, didakwa akibat tidak tahan dibuli.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, ketika mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan daripada keluarga mangsa tengah hari semalam, berkata keterangan akan diambil, antaranya daripada ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah.

Beliau memaklumkan, kes membabitkan pelajar lelaki berusia 14 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.



“Siasatan dijalankan oleh D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur,” katannya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas selesai perhimpunan bulanan, hari ini.

Semalam, ibu kepada pelajar lelaki sekolah berasrama penuh itu membuat laporan di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM), di sini pada jam 11.16 pagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan




“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM. Anak saya semakin pulih dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” kata wanita berkenaan.

Pada 7 Disember lalu, remaja lelaki anak sulung daripada tiga berdik itu dilaporkan hilang dari sebuah sekolah di Cheras sebelum ditemukan dalam keadaan lemah di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman di Bandar Tun Razak.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan buli membabitkan pelajar itu dan akan memastikan perkara berkenaan diselesaikan segera.

Waris pelajar berkenaan juga sebelum ini dilapor akan mengambil tindakan perundangan bagi memperjuangkan nasib mangsa yang didakwa dibuli dengan teruk.



Kes pelajar lari asrama kerana dibuli: Polis akan panggil rakan mangsa, pentadbir sekolah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button