Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

Kestabilan Kerajaan Perpaduan yang memerintah sekarang bergantung kepada kerjasama dan persefahaman beberapa parti komponen di dalamnya.

Teras kepada kerjasama tersebut adalah bergantung kepada bagaimana parti komponen utama di dalamnya boleh bermuafakat.

Dari Pakatan Harapan, parti yang menjadi dominan adalah PKR dan DAP.



Manakalah di luar Pakatan Harapan, 2 parti komponen utama adalah Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Benar, BN hanya mempunyai 30 ahli parlimen dalam Kerajaan Perpaduan.

Tetapi kehadiran BN di dalam Kerajaan Perpaduan adalah sangat penting.

Walau pun UMNO kini berada dalam keadaan yang lemah, tetapi UMNO masih lagi belum ditolak secara total oleh orang Melayu.



UMNO juga mempunyai keahlian dan jentera yang tersusun yang boleh membantu rakan parti komponen lain untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Ini terbukti dalam PRK parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram.

Dengan kepimpinan yang baik dan gerak kerja yang tersusun, UMNO mempunyai masa 4 tahun lagi untuk kembali ke zaman kegemilangan.

Penulis yakin UMNO mampu melakukannya kerana mereka pernah melakukannya ketika selepas PRU 14.



Oleh itu adalah sangat penting, setiap pemimpin dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti kaum, terutamanya bangsa Melayu.

Kem Dinasti Lim Cuba Memporak Perandakan DAP

Amat dikesali, apabila veteran DAP membangkitkan mengenai status bangsa untuk jawatan perdana menteri.

Benar, kenyataan beliau tidak salah dari sudut perlembagaan, tetapi apa keperluannya membangkitkan perkara tersebut.

Sebagai veteran DAP, tidak mungkin beliau tidak sedar, kenyataan beliau boleh menimbulkan ketegangan dalam Kerajaan Perpaduan.



UMNO sebagai parti yang berteraskan sokongan orang Melayu sudah pasti akan memberikan respon.

Kini, belum lagi reda isu tersebut, pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai, pula membangkitkan isu pilihanraya PBT.

Alasan beliau, dengan mengadakan pilihanraya PBT ia akan membuktikan usaha untuk menegakkan demokrasi.

Apakah selama ini Malaysia tidak diiktiraf sebagai sebuah negara demokrasi?



Apa keperluan untuk mengadakan pilihanraya PBT di Kuala Lumpur?

Bukankah sudah ada wakil rakyat yag akan membawa suara rakyat ke parlimen.

Darin sudut pentadbiran pula, sudah ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai agensi yang mentadbir urus.

Dan dengan rombakan kabinet terbaru, portfolio Menteri Wilayah sudah diwujudkan semula.



Jadi, penulis tidak nampak ada keperluan untuk mengadakan pilihanraya PBT di Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar yang lain.

Apakah Dinasti Lim dalam DAP masih lagi bernafsu dengan agenda Malaysian Malaysia?

Jangan dicabar kesabaran UMNO dan orang Melayu.

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading