Apakah PAS Parti Politik Yang Tiada Perikemanusiaan?

Apakah PAS Parti Politik Yang Tiada Perikemanusiaan

Apakah PAS Parti Politik Yang Tiada Perikemanusiaan?

PAS sering melaungkan perjuangan berlandaskan hukum hakam agama yang terdapat dalam hukum syarak.

Pemimpin PAS juga sering mendabik dada kononnya pentadbiran mereka adalah berlandaskan kepada 5 prinsip Maqasid Syariah.

Apa 5 prinsip yang terdapat dalam Maqasid Syariah?



  1. Menjaga Agama
  2. Menjaga Nyawa
  3. Menjaga Akal
  4. Menjaga Keturunan
  5. Menjaga Harta

Tetapi secara realitinya, adakah pemimpin PAS benar-benar malaksanakan apa yang mereka katakan selama ini?

Isu tuntutan hutang tertunggak yang sudah bertahun lamanya oleh NAJ Press Resources (M) Sdn Bhd ke atas PAS sudah diputuskan oleh mahkamah.

Pada 5 Disember lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Pas membayar RM656,233.69 kepada NAJ Press yang menuntut baki bayaran perkhidmatan mencetak.

NAJ Press adalah syarikat pencetak yang selama ini telah mencetak akhbar Harakah, lidah rasmi PAS.



Ekoran dari keputusan mahkamah tersebut, peguam yang mewakili NAJ Press telah menghantar notis tuntutan kepada PAS.

Notis perintah dan penghakiman bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 5 Disember 2023.

Notis tersebut antara lain menuntut defendan (PAS) menjelaskan dan membayar amaun penghakiman termasuk kos faedah peguam cara bagi pihak plaintif.

PAS perlu menyelesaikan perkara itu dalam tempoh tujuh hari bermula tarikh notis itu dikeluarkan.



Namun hingga kini, pihak PAS masih gagal memberikan sebarang respon terhadap perintah mahkamah dan juga notis berkenaan.

Keadaan makin mendesak apabila bos NAJ Press, Azlan Jan, kini berada sedang menerima rawatan di ICU hospital tempatan.

Setelah Tenaga Di Perah, Keringat Di Siram

Jasa NAJ Press kepada PAS bukan sedikit.

Sekian lama NAJ Press telah membantu mempromosikan untuk menaikkan imej PAS di dalam dunia politik.



Tetapi, mengapa setelah mendapat perintah mahkamah, PAS masih enggan membayar hutang?

Sudah pasti ahli keluarga Azlan Jan memerlukan duit untuk menampung kos rawatan Azlan Jan yang pastinya tinggi.

Mungkinkah kerana PAS kini sudah tidak memerlukan media cetak, maka PAS merasakan tiada keperluan untuk membayar hutang?

Adakah PAS sudah lupa kepada prinsip kedua Maqasid Syariah?



Atau pemimpin PAS sudah hilang sifat perikemanusiaan mereka?

Apakah PAS Parti Politik Yang Tiada Perikemanusiaan?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button