Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)

Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)

Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)

Panel 5 hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun sebulat suara mengisytiharkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan sebagai tidak berpelmbagaan.

Kini Seksyen 498 KK sudah tidak boleh lagi digunakan untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.

Hujah oenghakiman yang diberikan adalah kerana seksyen berkenaan tidak berperlembagaan kerana ia melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan jantina.



Dalam bahasa yang mudah, seksyen berkenaan telah melanggar hak asasi wanita yang menjadi isteri untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki selain dari suaminya.

Dalam artikata lain, kelima-lima hakim yang membuat keputusan tersebut telah ‘menghalalkan’ hubungan gelap kepada pasangan yang sudah berkahwin.

Siapakah panel 5 hakim yang membuat keputusan sebulat suara tersebut?

Mereka adalah Tengku Maimun, Mohamad Zabidin Mohd Diah, Harmindar Singh Dhaliwal, Abu Bakar Jais dan Karim Abdul Jalil.



Untuk rekod, negara barat sendiri ada peruntukan undang-undang yang serupa melalui Alienation Of Affection Law.

Tidak timbul isu diskriminasi terhadap jantina dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut di sana.

PAS Segera Mempolitikkan Keputusan Mahkamah Persekutuan

Seperti yang telah penulis duga dari awal, isu tersebut akan segera diambil kesempatan oleh Perikatan Nasional, terutamanya PAS.

Isu tersebut dikupas oleh Harakah Daily bertarikh 16 Disember yang bertajuk Pikat isteri orang tak salah: Adakah perogol juga boleh bebas?



Penulis tidak nampak di mana relevan antara pikat isteri orang dengan jenayah rogol seperti yang dikupas oleh Dr Muhammad Fathi Yusof.

Untuk maklumat semua, kesalahan mengganggu suami/isteri orang tetap merupakan satu kesalahan jenayah di dalam undang-undang syariah.

Sebagai contoh, Seksyen 37 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghalang pasa­ngan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.



Bagi negeri yang mempunyai sultan, terdapat peruntukan yang sama dalam undang-undang syariah mereka.

Jadi, bagi orang Islam, perbuatan menggoda suami/isteri orang tetap dianggap sebagai perbuatan jenayah dalam undang-undang syariah, walau pun sudah dimansuhkan di mahkamah sivil.

Dakwaan Meliberalisasikan Undang Undang Syariah Negara

Ada juga pihak di sebelah sana yang cuba menanamkan naratif keputusan mahkamah itu adalah permulaan ke arah meliberalisasikan undang-undang syariah.

Pihak Perikatan Nasional sering menggesa supaya kerajaan yang memerintah menghormati prinsip pengasingan kuasa.



3 cabang kuasa utama dalam pentadbiran negara adalah pihak legislatif (ahli politik), eksekutif (pentadbiran) dan judisiari (mahkamah).

Jadi, keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah tidak ada kaitan dengan pihak legislatif dan eksekutif.

Kalau pun wujud usaha untuk meliberalisasikan undang-undang, ianya datang dari pihak judisiari.

Dan siapakah yang melantik kelima-lima hakim yang telah membuat keputusan sebulat suara itu?



Bukankah mereka telah dilantik di era Dr Mahathir berkuasa kali kedua?

Dan kini beliau telah menjadi penasihat kepada SG4 di bawah pentadbiran PAS.

Kesimpulannya, amat tepat saranan Sultan Johor supaya pelantikan hakim diserahkan kepada pihak istana dan bukannya JAC atau perdana menteri.

Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button