Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air ditahan
Kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air di negeri ini yang dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu telah ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.



“Siasatan bertindak atas beberapa aduan sekitar 2023, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor.

“Ia sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air terbabit.

“Suspek terbabit dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” kata sumber berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.



“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi ini bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button