Gol Osimhen bantu Napoli kekal di persada liga

MILAN: Victor Osimhen memastikan Napoli terus menguasai Serie A menerusi kemenangan 3-2 mengatasi Bologna yang memberikan mereka kemenangan ke-10 berturut-turut dalam semua kejohanan.

Penyerang Nigeria, Osimhen meledak pada minit ke-69 bagi memastikan kemenangan buat Napoli yang masih belum kalah dan mengekalkan kelebihan dua mata berbanding Atalanta di persada liga.

Ia adalah gol pertamanya dalam liga sejak Ogos selepas mambantu pasukannya layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menerusi gol pada pertengahan liga di Naples menentang Ajax.



“Adalah penting buat saya mendapatkan gol dalam stadium ini kerana suasananya amat menakjubkan,” kata Osimhen kepada DAZN.

“Saya gembira dapat membantu pasukan dengan gol dan kemenangan ini, saya percaya kami akan terus memberikan tekanan dengan rentak ini.”

Bagaimanapun kemenangan awal pagi tadi jauh daripada persembahan baik yang diharapkan ketika bertemu Bologna, yang berkedudukan ke-17 namun menerima pujian selepas aksi di Stadio Maradona tanpa bintang utama Marko Arnautovic.

AC Milan mula mendapat tonik untuk mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan 2-1 di Verona yang membawa mereka ke tangga ketiga, tiga mata di belakang Napoli.



Sandro Tonali meledak gol kemenangan juara bertahan itu berbaki sembilan minit saingan, gol pertamanya musim ini dan menyelamatkan skuad dibelenggu kecederaan Stefano Pioli daripada jauh ketinggalan dalam pemburuan.

“Kami gembira walaupun bukan malam yang baik, kami masih mendapat mata diperlukan,” kata Tonali.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading