Polis belum terima laporan ceramah diganggu mat motor

MUAR: Polis mengesahkan tiada laporan polis diterima susulan kekecohan yang berlaku ketika Ceramah Mega Muar anjuran Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), di Parit Jawa, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata sehingga pagi ini masih belum ada pihak yang membuat laporan sama ada penganjur iaitu parti MUDA atau Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Terdapat sedikit kekecohan berlaku, namun anggota polis dapat meleraikannya dan ceramah dapat disambung tanpa berlaku apa-apa yang tidak diingini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Terdahulu, ceramah mega yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan MUDA malam tadi didakwa diganggu sekumpulan ‘mat motor’.diganggu sekumpulan ‘mat motor’.

Gangguan tercetus ketika giliran Presiden MUDA yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya.

Ceramah berkenaan diteruskan selepas berjaya dikawal oleh anggota polis dan sukarelawan yang bertugas dalam program berkenaan dan tiada insiden tidak diingini berlaku.

“Saya tak ada masa nak lawan dengan mereka kerana saya di sini nak bela orang Muar dan bukannya nak biar mereka (rakyat Muar) susah dan sengsara. Tak apa biarkan,” katanya.



Beliau sempat menitipkan nasihat buat ‘geng mat motor’ yang mengganggu ceramahnya supaya jangan mudah gadaikan maruah sehingga sanggup bergelar pencacai.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan mereka seharusnya berperanan mengangkat martabat orang dan negara tersayang, bukannya melakukan provokasi murahan.

“Kepada anak-anak muda di luar sana, jangan jadi pencacai. Ini negara kita, bela masa depan ayah, pak cik, mak cik kamu. Sampai bila kita nak dibeli? Sampai bila kita nak jual maruah kita? Ini negara kita. Ini Muar!,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button