Bebaskan pemimpin yang dianayai oleh kerajaan Mahathir jika UMNO menang PRU15 adalah satu tanggung jawab.
Oleh Adam Malik
Mahathir meroyan pada tulisan nya sekali lagi.
Selepas tulis terus Mahathir cabut lari tanpa lihat apa respon dan komen rakyat pada tulisan nya.
Begitu lah Mahathir membuat cerita dari sudut pandangan diri sendiri tanpa ambil hirau apa yang dia tulis itu sudah diketahui oleh rakyat sebagai bukan ‘total truth’.
“Execute” propaganda sehala adalah tujuan Mahathir.
Mahathr juga ‘outdated’ dan ‘out of touch’ tentang perasaan terkini dibawah yang dirasai oleh rakyat.
Dalam etrinya semalam Tun Mahathir menulis :-
Mahathir berkemungkinan tidak tahu bahawa sejumah besar rakyat sudah tahu kandungan perbicaraan berkenaan kes dihadapi oleh Datuk Seri Najib Razak yang penuh kepincangan dan kecacatan.
Selain itu rakyat sudah dimaklumkan melalui pelbagai media berkenaan Hakim Nazlan Ghazali sebenarnya Hakim disiasat terima rasuah oleh kedua agensi PDRM dan SPRM.
Selain itu, rakyat juga sudah tahu kroni Mahathir dan Tun Daim , ia itu Zeti Aziz juga menerima rasuah tetapi kerajaan Mahathir cuba senyapkan dan tidak bertindak dan mendakwa.
Sehingga kini sudah habis siasatan pun belum didakwa dakwa lagi.
Ini semua membuatkan rakyat berpandangan kes terhadap DSNR penuh kepalsuan dan sekadar sy0k sendiri oleh Mahathir sahaja.
Ia sekadar kes untuk menghalal kan Mahathir sebut UMNO parti “penyamun”.
Itu lah kedudukan dan pandangan rakyat yang majatuh kan hukuman 7-0 di PRK dan PEJUANG hilang deposit di Empat puluh dua kerusi di Johor.
Andaian Tun Mahathir bahawa UMNO akan bebaskan pemimpin mereka yang didakwa dan dipenjarakan oleh mahkamah sebenar nya adalah satu tanggung jawab dan kemestian yang mest UMNO lakukan.
Ia perkara betul. Right thing to do.
Cubaan Mahathir memberi persepsi ia Tindakan tidak betul sekadar kerja ‘pre-empt’ supaya apabila ia nya terjadi Mahathir boleh berkata ‘I tell you so’ (bukan kah saya sudah kata).
Mahathir mungkin mahu elak malu kerana semua orang sudah tahu Kes terhadap DSNR ada lah satu kerja “stage” yang membabitkan banyak pihak yang bersekongkol.
Sebenarnya bukan sahaja mebebaskan pemimpin teranaya satu kerja yang patut UMNO lakukan jika menang PRU15 , bahkan ia juga tuntutan agama membela orang teranaya.
Kerajaan Mahathir tidak bertindak kepada Gabenor terima rasuah dan hakim terima rasuah , malah cuba sembunyikan kes mereka, maka kes terhadap pemimpn UMNO seperti kes DSNR boleh lah dianggap penganayaan politik dan kes terpilih.
Begitu juga kes terhadap Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi dimana Tun Mahathir sendiri menjadi salah seorang penerima wang Ultra Kirana melalui perakuan saksi.
Tetapi , Tun Mahathir dan anak buah sekadar perlu menafikan di media sahaja dan bukan didalam mahkamah kerana tidak didakwa oleh kerajaan sendiri.
Kerajaan Mahathir ghairah mendakwa pemimpin UMNO tetapi tidak mendakwa mereka yang ada kepentingan politik kepada Mahathir sendiri.
Maka, bukan satu kesalahan jenayah atau kesalahan moral jika UMNO membebaskan pemimpin mereka yang teranaya oleh kerajaan Mahathir.
Malah , ia satu kewajipan untuk UMNO.
Sebalik nya , menjadi satu kesalahan jenayah kepada kerajaan Mahathir kerana sembunyi jenayah rasuah bekas Gabenor dan juga Hakim Nazlan.
Seluruh pemimpin kerajaan 22 bulan yang terbabit melindung jenayah rasuah bekas GABENOR dan Hakim mesti diseret kemuka pengadilan.