Perkenalkan segera Skim Gaji Graduan
Oleh Mat Kasur
Setiap graduan mahu memulakan kerjaya meraka dengan selesa. Masalah yang di hadapi setiap graduan adalah masalah gaji dan ‘underpaid’ atau gaji rendah. Apabila ‘underpaid’ dan ‘overworked’ mahu simpan duit pada kadar amaun minimum agak sukar dilakukan.
Selain itu graduan juga mahu kewangan yang stabil supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran tanpa berhenti bekerja. Jumlah graduan yang menganggur berkurangan kepada 4.1 peratus pada tahun 2021, menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).
Tetapi adakah mereka bekerja dengan gaji yang sesuai dengan taraf pendidikan atau hanya sekadar bekerja untuk membayar bill keperluan?
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur. Pada masa sama, seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung.
Pensyarah di Pusat Pengajian Sosiologi Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Anuar Ahmad, berkata penelitian terhadap data pengangguran siswazah Melayu pada 2017 dan 2018, menunjukkan secara konsisten, semakin tinggi kelulusan, semakin besar kebarangkalian menjadi penganggur.
Idea Skim Gaji Graduan (Bukan Kemahiran), adalah antara formula yang dapat membantu graduan untuk memulakan kerjaya mereka. Ini kerana kerajaan Malaysia telah memulakan Skim gaji minimum sebanyak RM1500 dan akan membari kesan pada gaji graduan.
Mereka akan mengikat kontrak kerja bersama syarikat yang mereka ingin bekerja. Dalam kontrak kerja ini, Graduan haruslah, bekerja selama 2 tahun di dalam syarikat.
Jika mereka berhenti bekerja kurang dalam tempoh tersebut, Mereka akan dikenakan 1 Bulan bayaran balik gaji dan skim gaji graduan akan terbatal.
Ini bermaksud mereka bukan lagi dibawah skim graduan dan tidak layak mendapat skim ini pada pekerjaan seterusnya. Setelah tamat kontrak kerja, majikan boleh meneruskan graduan sebagai pekerja, menaikan gaji mengikut kesesuaian dan menaikan pangkat graduan.
Skim Gaji Graduan
Skim ini akan dibahagi kepada 4 iaitu ‘Internship’, Diploma dan Ijazah .
Bagi graduan ‘Internship’ amali, gaji mereka akan ditetapkan pada kadar RM1500 /bulan sehingga tamat amali. Ini kerana kebanyakan pelajar tahun akhir yang melakukan internship, mereka akan dibayar sebanyak RM 300 hingga RM 700 mengikut syarikat.
Bagi graduan Diploma amali, gaji mereka akan ditetapkan pada kadar RM1800 /bulan tidak termasuk kerja lebih masa, ‘claim’ dan elaun tambahan. Mereka akan terikat dengan kontrak kerja bersama syarikat.
Bagi graduan Ijazah, gaji mereka akan ditetapkan pada kadar RM2300 /bulan tidak termasuk kerja lebih masa, ‘claim’ dan elaun tambahan. Mereka akan terikat dengan kontrak kerja bersama syarikat.