YouTube Tamatkan Ujian Yang Terhadkan Resolusi 4K Untuk Pengguna Premium
YouTube melalui jawapan mereka di Twitter memberitahu bahawa mereka sudah menamatkan eksperimen resolusi 4K yang terhad untuk akaun berbayar, YouTube Premium.
Kini, semua pengguna kini boleh menonton video YouTube pada kesemua pilihan resolusi tanpa perlu menjadi pelanggan Premium.
we’ve fully turned off this experiment. viewers should now be able to access 4K quality resolutions without Premium membership. we’re here if you have other q’s
Dua minggu lalu, kami sudah melaporkan tentang tindakan YouTube yang menguji pembatasan ketersediaan resolusi untuk pengguna percuma.
Melaluinya, pilihan resolusi 2160p dan ke atas dilabel ‘Premium. Tap to upgrade’. Jadi, mereka hanya boleh memainkan video setakat resolusi 1440p sahaja.
Sebenarnya, YouTube memang sentiasa melepaskan ciri baharu terutama pada pengguna Premium untuk tujuan eksperimen. Namun, semuanya terhad untuk tempoh beberapa minggu sebelum ia ditarik balik.
Salah satu tujuannya adalah untuk mengumpul maklum balas pengguna.
YouTube