16 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu IPD Marudi

Marudi: Sebanyak 16 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap kenderaan berat dan lain-lain kenderaan dalam Op Bersepadu pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi di Jalan Beluru/Lapok, semalam.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Mohd Ruslan Mat Kib berkata, empat saman dikeluarkan ke atas lori kerana kesalahan tayar botak, selain langgar syarat permit (satu saman) dan lesen kenderaan motor tamat tempoh (dua saman).

“Bagi kenderaan pikap pula, saman dikeluarkan atas kesalahan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan (dua saman) dan masing-masing satu saman bagi kesalahan lesen tamat tempoh, cukai jalan tamat tempoh, lampu brek tidak menyala, tiada perlindungan insurans, gagal pamer lesen kenderaan motor dan ubah suai ekzos.



“Sebanyak satu saman dikeluarkan terhadap kereta atas kesalahan nombor pendaftaran tidak ikut peraturan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi dari jam 11 pagi hingga 4 petang itu diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Marudi, Inspektor G Visvanatahan Guna Cekeren, dua

anggota trafik, seorang anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan dua anggota Balai Polis Beluru.

“Operasi seperti ini akan diadakan lebih kerap untuk memantau pergerakan lori atau mana-mana kenderaan yang melanggar peraturan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button