Bomba bantu angkat jenazah warga emas obesiti

Oleh – Syeikh Baran


Bomba bantu angkat jenazah warga emas obesiti
Kenderaan bomba yang membantu membawa jenazah ke tanah perkuburan di Balik Pulau, pagi tadi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balik Pulau membantu menguruskan jenazah seorang wanita warga emas obesiti yang mempunyai berat 250 kilogram (kg), pagi tadi.

Jenazah wanita berusia 66 tahun itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini.



Ketua BBP Balik Pulau, Mohd. Farid Idris, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes berkenaan pada pukul 9.39 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

”Pasukan bomba tiba di tempat kejadian dan membantu mengangkat dan membawa jenazah obesiti iaitu wanita berusia 66 tahun dengan berat 250 kilogram ke Tanah Perkuburan Islam Titi Teras untuk dikebumikan,” katanya di sini hari ini.

Jenazah dibawa dengan menaiki kenderaan bomba iaitu lori dengan muatan tiga tan.

Menurutnya, seramai empat anggota bomba bersama waris dan penduduk kampung turut membantu mengangkat serta membawa jenazah dari rumahnya ke tanah perkuburan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button