Pesara bomba meninggal dunia ketika pendakian

Georgetown: Pesara bomba ditemukan tidak sedarkan diri ketika mendaki sendirian di Bukit Jambul, di sini, semalam.

Mangsa, Idris Hamat, 59, ditemukan terbaring oleh pendaki yang melalui kawasan berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Fauzian Izzuan Abdullah berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan pada 6.08 petang.



Katanya, pasukan berkenaan seramai enam anggota kemudian bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Ketika di tempat kejadian, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas mengalami serangan jantung semasa melakukan aktiviti pendakian.

“Mangsa mendaki seorang diri dan ditemukan terbaring oleh pendaki yang melalui laluan itu kira-kira 150 meter dari kaki bukit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fauzian berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.



Katanya, anggota kemudian membawa turun jenazah ke kaki bukit menggunakan pengusung.

“Mayat mangsa kemudian diserah kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button