PH lebih ghairah bertanding PRU15 berbanding BN

Poster siap sebelum DUN Perak bubar

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PH lebih ghairah bertanding PRU15 berbanding BN

Sebaik Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, PH nampaknya lebih ghairah bertanding PRU15 berbanding BN. 



Secara tiba-tiba banyak poster mempromosikan diri timbul di media sosial.

Menarik sekali apabila melihat 2 poster ‘bakal calon’ Pakatan Harapan yang berlegar di media sosial negeri Perak. 

PH lebih ghairah bertanding PRU15 berbanding BN

Mereka giat mempromosi diri menerusi poster dan berkempen untuk mencari sokongan walau ketika itu DUN Perak masih belum dibubarkan.



Bagaimana kedua-dua ahli politik tersebut boleh terfikir ‘luar kotak’ sehingga menghasilkan poster promosi sedangkan ketika itu DUN Perak masih tertunggu keputusan Sultan Perak samada memberi pekenan pembubaran Dewan Undangan Negeri atau tidak.

PH lebih ghairah bertanding PRU15 berbanding BN

Walaupun akhirnya diumumkan pembubaran DUN Perak, kedua ahli politik tersebut sudah tidak perlu bersusah-payah melakukan kempen.

Walaupun pada mulanya PH antara yang menentang pembubaran Parlimen, nampaknya dalam diam mereka sebenarnya mahukan PRU. Tetapi untuk memastikan tidak kalah, watak ‘kambing hitam’ perlu disediakan untuk menampakkan seolah mereka (PH) sebenarnya prihatin dengan masalah banjir dan sebagainya.



PH lebih ghairah bertanding PRU15 berbanding BN

Sifat bermuka-muka pemimpin PH bukan sesuatu yang mengejutkan. Mereka telah dibiasakan ‘menipu’ rakyat selagi boleh. Lihat sahaja manifesto PRU14 yang dicipta pemimpin PH.

Boleh dikatakan hampir 90% janji manifesto PH semasa PRU14 adalah pembohongan kepada rakyat.

Masihkah rakyat Perak mahu menerima kembali Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Negeri sepertimana selepas PRU14?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading