Pertembungan Azmin Dan Haziq Di Gombak
Pertembungan Azmin Dan Haziq Di Gombak
Mantan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali dikatakan bersedia untuk berhadapan dengan siapa sahaja di parlimen Gombak dalam PRU 15.
“Ada orang sudah minat nak datang Gombak, silakan”.
“Gombak terbuka, saya anak jantan”.
“Silakan hendak hantar isteri pun boleh, anak pun boleh, kalau berani hantar diri sendiri”.
Baca di sini:
Sudah jelas lagi bersuloh, individu yang dimaksudkan Azmin adalah Pengerusi Pakatan Harapan yang juga merupakan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Sebelum itu Anwar tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di parlimen Gombak dengan menyatakan tumpuan beliau adalah di kawasan pengkhianat PKR.
Baca di sini:
Ramai yang tertanya-tanya, mengapa Azmin yang sebelum ini dilihat berdiam diri, tetapi secara tiba-tiba bersuara lantang seolah-olah sudah terlalu yakin.
Rupa-rupanya keyakinan Azmin itu datang selepas PAS memberikan jaminan akan bekerja keras untuk ‘menyucikan’ Azmin dalam memastikan kemenangan beliau di Gombak.
Baca di sini:
https://my-tv.online/2022/10/15/pas-akan-jamin-kemenangan-azmin-di-gombak/
Sudah menjadi rahsia umum mengenai penglibatan Azmin dalam kes ‘elfen fight elfen’ bersama Haziq di salah sebuah hotel di Sabah.
Ianya bukan tuduhan liar atau pun fitnah, kerana satu lagi ‘elfen’ sudah membuat pengakuan secara terbuka mengenai aktiviti seks luar tabie itu.
Misi Mencari Haziq
Dari maklumat yang penulis perolehi, usaha sedang giat dijalankan untuk menjejaji Haziq yang dikatakan menjadi pasangan Azmin dalam ops yang dinamakan Misi Mencari Haziq.
Sebaik sahaja Haziq ditemui nanti, beliau akan diterbangkan ke Gombak atau di mana-mana parlimen yang akan ditandingi oleh Azmin.
Haziq mungkin tidak akan bertanding sebagai calon di atas tiket parti politik berkenaan.
Tetapi mungkin Haziq akan menjadi penceramah utama di atas pentas parti berkenaan sebaik sahaja pentas kempen PRU 15 di buka.
Haziq juga mungkin akan di bawa untuk sama-sama mendengar dan menyaksikan ceramah dari Azmin, mungkin untuk memberikan sokongan moral kepada Azmin…😉😉😉
Satu perkara yang pasti, ops Misi Mencari Haziq tidaj digerakkan oleh Barisan Nasional kerana bukan budaya Barisan Nasional berkempen dengan membuka aib musuh politik mereka.
Sumber memaklumkan kepada penulis, ops Misi Mencari Haziq sebenarnya sudah pun berjaya kerana Haziq sudah pun ditemui.
Namun atas ciri keselamatan, Haziq kini ditempatkan di satu lokasi yang dirahsiakan dan akan di bawa keluar ketika berkempen dengan kawalan ketat.
Mungkin penulis akan berkampung di parlimen Gombak untuk menyaksikan sendiri, bagaimana PAS hendak menyucikan Azmin ketika itu.
Air mutlak mana yang PAS akan gunakan nanti agaknya…😜😜😜
Pertembungan Azmin Dan Haziq Di Gombak
Di Syorkan Untuk Anda:
- BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
- Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?
- Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen