Mahathir ‘desperado” , kerana takut BN , sanggup hulur tangan kepada Anwar.
Oleh Adam Malik
Hari ini Mahathir bersuara lagi.
Semalam Mahathir buat kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri ‘syok sendiri’ kerana telah umum bubar Parlimen.
Mahathir yang ambil kesempatan dari umur nya kerana tahu yang lebih muda dari beliau tidak akan memberi kenyataan kurang ajar terhadap nya, walau Mahathir sering menempelak orang lain.
Mahathir seperti tidak peka keadaan telah menyatakan Perdana Menteri sesuka hati bubar Parlimen kerana seronok menjadi Perdana Menteri.
Sedangkan ia atas kehendak jutaan akar umbi UMNO dan juga rakyat yang mahu kerajaan yang baru dan stabil.
Hari ini , Mahathir buat kenyataan bahawa dia sedia hulur tangan kepada Anwar Ibrahim untuk berkerjasama .
Anwar Ibrahim yang sudah dipedayakan oleh Mahathir ketika Mahathir berjanji untuk hanya menjadi PM dua tahun sahaja ketika Pakatan Harapan menang PRU14 lalu kemudian nya pura2 mencari alasan untuk tidak serah jawatan itu kepada Anwar dan mencipta “Sheraton Move” untuk menyerah kepada Muhyiddin Yassin.
Pada yang sudah lama dalam poitik dan pembacaan politik, mereka akan tahu jika menyerah jawatan PM kepada Anwar ada lah umpama menyerah Tun Daim kepada mahkamah.
Ini kerana Anwar tidak ‘ngam’ dengan Daim.
Ketika Mahathir berjanji menjadi PM hanya dua tahun pun ramai sudah menulis dimerata rata platform media bahawa Anwar akan kena tipu dan akhirnya andaian itu betul.
Kali ini Mahathir membuat Tawaran Kerjasama sekali lagi kepada Anwar.
Atas sebab tersepit dan takut Barisan Nasional akan bertindak seperti Mahathir dan DAP lakukan terhadap pemimpin mereka, maka Mahathir tiada jalan lain melainkan terpaksa sujud kepada Anwar.
Ketika tawaran Kerjasama pertama kali, Mahathir sanggup pergi ke mahkamah untuk bertemu Anwar di iringi oleh Azmin Ali.
Hari ini Mahathir hulur tangan sekali lagi.
Persoalan, ada kah Anwar sanggup kena tipu lagi?
Anwar Ibrahim walaupun terlihat sebagai ‘serious’ namun tetap menjadi bahan gelak ketawa kerana sering ditipu oleh Mahathir sehingga mendapat gelaran “PM tepi” selama nya.
Apa tawaran tipu daya Mahathir kali ini?
Ketika parti Anwar menang kerusi terbanyak di PRU14 , pun dia tidak dapat menjadi PM kerana dipedaya oleh Mahathir , apakah kali ini dijangka di PRU15 PKR akan ketirisan lebih banyak kerusi Anwar berpeluang jadi PM?
Tambah lagi Mahathir sudah nyatakan Hasrat mahu menjadi PM satu tahun sahaja dimana dipercayai untuk atur kuasa melalui proksi lantikan nya selepas satu tahun dan juga cuba menyelitkan anak nya Mukhriz.
Jika pada janji dua tahun Mahathir mencipta Sheraton Move supaya tidak Nampak dia yang bersalah , maka apa lagi muslihat Mahathir untuk menafikan Anwar kali ni?
Menarik juga untuk mengetahui apakah Anwar akan sambut hulur tangan kerjasama Mahathir kali ini atau Anwar akan bertegas menolak nya.
Jika Anwar kena lagi, ia dijangka kan.
Yang tidak dijangka jika Mahathr tunai janji nya.