Hujan lebat diramal di hampir semua negeri

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di hampir semua negeri sehingga jam 7 malam ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk itu membabitkan bahagian utara Kedah iaitu Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain seluruh Pulau Pinang.

Di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang, manakala Kelantan membabitkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.



“Di Terengganu, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh serta Kuantan.

“Di Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala Johor di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Amaran sama di Sabah membabitkan kawasan Tawau, Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading