Gabriel tandantangan kontrak baharu Arsenal

LONDON: Pertahanan Arsenal, Gabriel Magalhaes menandatangani kontrak baharu bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal.

Gabriel bersetuju melanjutkan kontrak selepas rundingan antara ejennya dan pegawai atasan Arsenal di pusat latihan kelab semalam.

Pemain 24 tahun itu berpindah dari Lille pada tahun 2020 dan sudah melakukan 81 penampilan bersama The Gunners dalam semua pertandingan, meledak sembilan gol setakat ini.



Dia menjadi tonggak di benteng Arsenal dalam kebangkitan pasukan kendalian Mikel Arteta itu di saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Hanya Newcastle dibolosi kurang daripada 10 gol yang merobek gawang Arsenal musim ini, dengan Gabriel membentuk gandingan mantap bersama bek tengah William Saliba.

“Gabi mempamerkan kualiti tinggi sejak dia menyertai kami. Dia pemain muda dengan etika kerja mengagumkan dan persembahan konsistennya amat penting buat kami

sepanjang dua musim lalu.



“Bekerja dengan Gabi setiap hari cukup menyenangkan, dia mempunyai hubungan baik dengan semua orang di kelab dan kami gembira dia komited untuk terus bersama kami,” kata Arteta.

Gabriel yang meletakkan sasaran untuk memenangi trofi utama bersama Arsenal, berkata: “Ia adalah impian saya hari ini dan hari terbaik dalam hidup saya. Saya gembira dapat melanjutkan kontrak di sini.

“Setiap perlawanan penyokong mendorong pasukan di dalam stadium. Ia membuatkan saya amat gembira untuk terus kekal di sini. Arsenal adalah rumah saya.

“Pada masa akan datang, saya mahu menang perlawanan untuk Arsenal, saya mahu memenangi trofi bersama Arsenal dan terus kekal di sini kerana ia adalah rumah saya,” kata Gabriel.



Bukayo Saka juga dijangka akan memperbaharui kontraknya dengan Gabriel Martinelli dan Saliba bakal mengikut jejak Gabriel.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button