Bursa Malaysia berakhir cemerlang minggu ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat dalam keadaan pasaran serantau yang lemah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran ditutup 8.70 mata lebih tinggi kepada paras tertinggi harian 1,446.42 daripada 1,437.72 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama pasaran itu dibuka 2.33 mata lebih rendah kepada 1,435.39 dan mencecah paras terendah harian pada 1,433.26 sebelum meningkat untuk ditutup tinggi.



Berasaskan mingguan, indeks penanda aras meningkat 63.95 mata sepanjang lima hari dagangan.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 400 berbanding 388, manakala 591 kaunter tidak berubah, 983 kaunter tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.04 bilion unit bernilai RM1.51 bilion berbanding 2.71 bilion unit bernilai RM2.60 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pasaran ekuiti di seluruh dunia mengalami turun naik yang sangat ketara baru-baru ini kerana pelabur bimbang ekonomi utama akan terjerumus ke dalam kemelesetan sebelum inflasi dapat diturunkan.



Sementara itu, dolar Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kenaikan kadar faedah secara agresif oleh Rizab Persekutuan AS akan mewujudkan ketidaktentuan dalam pasaran yang sedang pesat membangun, katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi Bursa Malaysia, Maybank dan Public Bank masing-masing meningkat enam sen kepada RM8.66 dan RM4.50, Petronas Chemicals melonjak 10 sen kepada RM9 manakala CIMB naik tiga sen kepada RM5.53 dan IHH Healthcare turun sembilan sen kepada RM6.

Bagi saham aktif, Eduspec menokok setengah sen kepada dua sen, Hextar menambah 2.5 sen kepada 54.5 sen, Vinvest Capital naik dua sen kepada 22 sen, TA Win dan My E.G. masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 83 sen, Borneo Oil dan Top Glove masing-masing menguncup setengah sen setiap satu kepada dua sen dan 83 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 51.10 mata kepada 10,220.90; FBM 70 naik 35.60 mata kepada 12,028.63 dan Indeks FBMT 100 menambah 52.99 mata kepada 9,970.46.



Indeks FBM Emas Syariah menokok 33.69 mata kepada 10,197.40 dan FBM ACE meningkat 18.15 mata kepada 4,801.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 124.211 mata kepada 16,511.08; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.37 mata kepada 175.76; Indeks Perladangan turun 32.38 mata kepada 6,807.27 manakala Indeks Tenaga kurang 3.73 mata kepada 679.55.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.26 bilion saham bernilai RM1.31 bilion daripada 1.97 bilion saham bernilai RM2.42 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran susut kepada 252.91 juta unit bernilai RM41.86 juta daripada 290.39 juta unit bernilai RM50.74 juta semalam.



Jumlah dagangan Pasaran ACE sebanyak 523.30 juta saham bernilai RM162.39 juta berbanding 447.05 juta saham bernilai RM125.28 juta pada Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 212.19 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (368.64 juta), pembinaan (31.21 juta), teknologi (115.70 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.35 juta), hartanah (126.70 juta), perladangan (33.48 juta), REIT (64.39 juta), dana tertutup (3,000), tenaga (118.39 juta), penjagaan kesihatan (107.49 juta), telekomunikasi dan media (21.60 juta), pengangkutan dan logistik (30.56 juta) serta utiliti (11.61 juta).

BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading