Rina Harun bakal bertanding di Sepang?

 

Heboh diperkatakan Menteri Wanita Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bakal meninggalkan Parlimen Titiwangsa dan bertanding di Sepang.



Kemunculan kerap Rina Harun di Sepang menguatkan lagi persepsi umum mengenai perpindahan beliau ke Sepang pada PRU15.

Beliau yang turun padang melawat mangsa banjir di Sepang menimbulkan tandatanya mengapa begitu prihatin terhadap kawasan Sepang.

 



 

Agak menghairankan Rina kurang memberi perhatian sekiranya ada kawasan di Titiwangsa terutama Kampong Baru berlaku banjir. Adakah kerana kawasan tersebut berada dalam tanggungjawab Menteri Wilayah?

Adakah pengundi Titiwangsa sudah tidak ada nilai kepada Rina Harun lagi lantas beliau lebih menumpukan perhatian kepada Sepang?

 



 

Boleh dikatakan pengundi Titiwangsa seringkali merujuk permasalahan mereka kepada Datuk Seri Johari Ghani walaupun sudah tidak lagi bergelar ahli parlimen. Apa fungsi rina di Titiwangsa?

Untuk memenangi Parlimen Sepang, Rina perlu menewaskan Hanipa Maidin yang memenangi kawasan tersebut dengan 46,740 undi pada PRU14.



 

Berapa undi yang mampu Rina perolehi dari 90,657 undi pada PRU14 di Sepang? Walaupun beliau kebelakangan ini agak popular dengan aksi ‘tembak taik cicak dan unggas’, diikuti dengan kisah ‘kuali ajaib’, Rina belum tentu diterima baik pengundi Sepang.

Pengundi Titiwangsa kini sudah boleh berkira-kira menukar ahli parlimen mereka kerana GAGAL menjaga kawasan sendiri.



Selepas Rina kini Saddiq pula buat lawak

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button