F1: Kemenangan sulung Norris dalam 110 perlumbaan

F1: Kemenangan sulung Norris dalam 110 perlumbaan

F1: Kemenangan sulung Norris dalam 110 perlumbaan
NORRIS menamatkan penantian untuk meraih kemenangan pertama dalam F1 selepas 110 perlumbaan. – AFP

MIAMI – Impian pemandu McLaren, Lando Norris untuk melakar kemenangan sulungnya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) menjadi kenyataan selepas muncul juara pada Grand Prix (GP) Miami di Litar Antarabangsa Miami awal pagi semalam.

Pelumba Britain tersebut melakar kemenangan selepas menerima ‘bantuan’ kereta ke­selamatan berpunca daripada kemalangan, sekali gus membolehkan pemandu McLaren itu memanfaatkan situasi untuk melakukan hentian pit bagi mendapatkan tayar baharu.

Pemandu Red Bull, Max Vers­tappen yang cuba melengkapkan kemenangan hatrik musim ini gagal untuk mengejar Norris ketika perlumbaan berbaki 27 pusingan dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua.



Pemandu Ferrari, Charles Leclerc melengkapkan podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga mengatasi rakan sepasukannya, Carlos Sainz.

“Kemenangan hari ini adalah mengenai masa. Saya tahu pada hari Jumaat kami mempunyai rentak perlumbaan yang cukup baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi




“Hanya beberapa kesilapan saya lakukan sebelum ini tetapi hari ini (semalam) kami berjaya menyusunnya dengan cukup baik dan kami merencana strategi yang sempurna untuk melakar kemenangan,” kata Norris.

Norris memulakan karier perlumbaan F1 bersama pasukan McLaren pada 2019, gagal me­raih sebarang kemenangan dan hanya berjaya melakukannya di Miami selepas mengharungi 110 perlumbaan.

Musim ini, Norris turut tampil cemerlang apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada GP Australia dan kedudukan kedua di China. – AGENSI



F1: Kemenangan sulung Norris dalam 110 perlumbaan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Demi RM, Harga Diri Di Tolak Tepi



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button