“Ada PRU atau tidak, sehari pun saya tidak pernah henti beri khidmat dikawasan saya’- Datuk Jo
“Jika kamu lihat trend sokongan terhadap saya dibeberapa PRU, undi teras (core) terhadap saya jumlah nya tidak berganjak.
Ini bermakna penyokong Barisan Nasional tetap tidak berganjak dari memberi sokongan terhadap BN’
Begitu lah kenyataan yang diberi oleh Datuk Johari Ghani yang menjadi wakil BN dikawasan Parlimen Titiwangsa.
“Saya membesar di sini , sini lah tempat saya , dan sini lah tempat saya curah bakti”
“Kalah menang saya tetap berjumpa penduduk kawasan saya , jika ada kesusahan seperti kebakaran , kematian , dan lain lain saya tetap datang jika di beri maklum, jika tidak wakil saya akan datang’ kata nya lagi.
Datuk Johari ditemui disesi sarapan pagi bersama penduduk kampung Datuk Keramat dan ini bukan kerana ada PRU15 tetapi ada lah sesi minum biasa yang telajh diamalkan nya sekian lama , tidak kira ada PRU15 atau tidak.
Seorang penduduk bernama Taufid Abu Bakar, yang hadir memberitahu dia biasa minum dengan Datuk Jo (nama gelaran penduduk kepada Datuk Johari Abdul Ghani) selalu nya selang seli dua atau tiga bulan dia akan ajak kami minum di sini (Wak Lontong Keramat) dan jika tidak pun di pasar Keramat , kata Taufid.
Datuk Johari dijangka akan bersaing Khalid Samad dari AMANAH dan berkemungkinan Wan Ahmad Faysal dari PPBM juga.
Namun kenyataan Datuk Jo mudah sahaja, “Letak lah siapa pun saya tetap akan hadapi”
Antara isu besar yang akan dibawa oleh Khaled Samad ada lah Isu Kampung Bharu yang dirasai oleh nya sebagai track rekod baik nya.
Namun, yang jelas Khaled sudah lari dari Parlimen Shah Alam yang dia wakili.
Namun , Datuk Jo sudah lebih bersedia sebagai anak kawasan dan Kg Bharu ada lah laman mainan nya.
PRU15 kali ini tidak sama seperti PRU14 kerana rakyat sudah melihat betapa mereka yang datang dari Pakatan Harapan hanya pandai berjanji dan bermain isu sensasi tetapi apabila tiba waktu menunaikan janji mereka akan hilang atau mencari alasan untuk menidak kan janji.
Tambah lagi penduduk sudah serik apabila penyandang Rina Harun mengabaikan mereka selepas menang PRU14.