Ajax tiada pilihan, perlu benam Liverpool

AMSTERDAM, NETHERLANDS – OCTOBER 04: Mohammed Kudus of Ajax celebrates with teammates after scoring their team’s first goal during the UEFA Champions League group A match between AFC Ajax and SSC Napoli at Johan Cruyff Arena on October 04, 2022 in Amsterdam, Netherlands. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

AMSTERDAM: Ajax perlu menewaskan Liverpool untuk kekal dalam Liga Juara-Juara Eropah apabila kedua-dua pasukan itu bertembung di Johan Cruyff esok.

Satu mata sudah mencukup buat The Reds untuk mara ke pusingan kalah mati dengan satu perlawanan berbaki, walaupun anak buah Jurgen Klopp memerlukan kemenangan untuk memintas Napoli di puncak Kumpulan A.

Selepas menewaskan Rangers 4-0 pada perlawanan pembukaan kejohanan ini, Ajax bermula baik dalam misi mara ke pusingan kalah mati musim ini.

Bagaimanapun tiga kekalahan berturut-turut meletakkan skuad kendalian Alfred Schreuder enam mata di belakang Liverpool dengan dua perlawanan berbaki.



Mereka perlu menewaskan juara edisi 2018-19 itu dan berharap Napoli melakukan perkara sama pada hari terakhir saingan.

Liverpool pula seakan kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Manchester City dan West Ham 1-0 minggu lalu, tetapi kemudian tewas dengan jumlah sama di tangan Nottingham Forest di City Ground.

Apa yang lebih merisaukan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, ialah kecenderungan skuadnya membiarkan lawan mencipta peluang berkualiti di setiap perlawanan, dengan jentera serangan pula kurang berbisa selepas ketiadaan Luis Diaz, Diogo Jota dan Darwin Nunez akibat kecederaan.

Skuad kendalian Klopp kini pada prestasi lebih buruk berbanding ketika mereka menewaskan Ajax 2-1 bulan lalu, jadi pengendali berusia 55 tahun yakin mereka mampu mengutip sekurang-kurangnnya satu mata.



Barisan kemungkinan Ajax:

Pasveer; Sanchez, Timber, Bassey, Blind; Klaassen, Alvarez, Berghuis; Tadic, Kudus, Bergwijn

Barisan kemungkinan Liverpool:

Alisson; Alexander-Arnold, Konate, Van Dijk, Robertson; Henderson, Thiago; Elliott, Firmino, Nunez; Salah



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading