Butang panik : PH, PN, GTA hampir pasti gabung

Rakyat mahu kembali ke zaman 'gelap'?

Oleh – Bakhtiar Omar


Butang panik : PH, PN, GTA hampir pasti gabung

Butang panik biasanya digunakan hanya dalam situasi kecemasan semasa, namun demkian, dalam politik juga ada butang panik. PH, PN, GTA kini berdepan dengan sitauasi mencemaskan apabila mendapati sokongan kepada mereka hanya sekitar 35%.



Menyedari keadaan tidak memihak kepada mereka, satu mesyuarat ‘rahsia’ telah diadakan antara pimpinan tertinggi 3 gabungan tersebut.

Dipercayai mesyuarat ‘rahsia’ itu bagi membincangkan masalah yang bakal mereka hadapi sekiranya terus kekal sebagai entiti berlainan dan akan bertanding merebut kerusi yang sama dalam PRU15 kelak.

Walaupun dilaporkan tiada kerjasama antara PH, PN dan GTA, risiko untuk kalah masih besar.

Butang panik : PH, PN, GTA hampir pasti gabung



Rekod 2 Pilihanraya Negeri tidak memihak kepada mana-mana 3 gabungan parti. Selain kalah, ada calon kehilangan deposit, malah tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan seperti di atas kertas.

Tidak mustahil sekiranya PH, PN, GTA bergabung membentuk kerjasama untuk menewaskan Barisan Nasional sekali lagi.

Perlu melihat rekod, Perikatan Nasional dan Gerakan Tanah Air adalah DNA Pakatan Harapan. Mereka membentuk gabungan namun konflik dalaman telah memecahkan mereka. 

Bergerak atas nama parti lain tidak mengubah sifat sebenar PN dan GTA. Muhyiddin Yassin, Mahathir, Mukhriz, Lim Guan Eng, Wan Azizah, Azmin Ali (sekadar beberapa nama) pernah bersama dalam ikatan Pakatan Harapan.



Tidak mustahil sekiranya untuk ‘menyelamatkan tengkuk’ masing-masing, mereka akan kembali bersama dalam satu gabungan yang lebih besar. tetapi, kali ini, bukan lagi Mahathir yang akan menentukan siapa bakal PM.

“Kerana itu saya bersedia bertemu dengan Anwar kerana saya percaya dia juga berfikir semacam dengan saya. Jika saya yang perlu memulakan langkah, saya akan lakukan. – Mahathir – 25 Oktober 2022

MAHATHIR BUKAN LAGI ‘NAMA BESAR’ PENENTU POLITIK MALAYSIA

Mahathir akan akur dengan apa sahaja yang dipersetujui sekiranya gabungan ini berlaku dan Anwar Ibrahim akan berkuasa penuh membuat keputusan penting untuk gabungan tersebut.

Merujuk kepada kenyataan Mahathir yang beliau sanggup ‘menjilat’ Anwar memberi gambaran sebenar situasi politik dalam GTA. Manakala Muhyiddin pula tampil dengan idea ‘khemah besar’ dan ini semua menjurus kepada gabungan yang dikatakan hampir pasti akan berlaku.



Jika benar gabungan ini berlaku, apa reaksi rakyat dan adakah ini akan mengubah jangkaan awal atas kertas untuk PRU15?

Rakyat masih trauma dengan apa yang dilalui sejak 2018 sehingga tarikh Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai PM.

Jangan biarkan ‘zaman kegelapan’ kembali ke Malaysia.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button