Liga Super: Ifedayo muncul wira Sang Kenari

Liga Super: Ifedayo muncul wira Sang Kenari

Liga Super: Ifedayo muncul wira Sang Kenari
Barisan pemain Kedah Darul Aman (KDA FC) meraikan gol tunggal yang dijaringkan Ifedayo untuk menewaskan Kuching City sebentar tadi. – Foto ihsan Facebook KDA FC

PETALING JAYA – Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam kancah Liga Super selepas menewaskan Kuching City 1-0 di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.
ADVERTISEMENT

Pada perlawanan itu, skuad Sang Kenari kendalian Nafuzi Zain membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai tonggak import seperti Ifedayo Olusegun dan Manuel Hidalgo.

Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan tetapi jaringan tunggal hanya terhasil menerusi jaringan Ifedayo yang bijak menyudahkan bola sepakan sudut Manuel Hidalgo pada minit ke-39.

Pasukan pelawat semakin ghairah untuk menambah gol pada babak kedua tetapi gagal menembusi benteng pertahanan skuad The Cats dengan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kedah kini kekal ditangga ketiga Liga Super selepas mengutip 37 mata manakala Kuching City pula masih berada di zon penyingkiran di tempat ke-13 dengan meraih tujuh mata. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Ifedayo muncul wira Sang Kenari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker