46 PATI ditahan di Seremban, Kuala Pilah

Oleh – Syeikh Baran


46 PATI ditahan di Seremban, Kuala Pilah
Antara PATI yang ditahan dalam operasi tersebut.

Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menggempur 12 lokasi tumpuan warga asing di sekitar bandar ini dan Kuala Pilah, selama dua hari, sejak semalam.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, hasil daripada operasi yang dilaksanakan seramai 46 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 18 tahun hingga 47 tahun telah ditahan atas pelbagai kesalahan.



“Kesemua PATI yang ditahan adalah 14 lelaki dan 10 wanita warga Myanmar, lapan lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga Pakistan, lima lelaki warga India, seorang lelaki dan dua wanita warga Sri Lanka.

“Semasa operasi dijalankan di salah satu lokasi, terdapat cubaan melarikan diri dengan merempuh pegawai imigresen yang terlibat serta berlaku adegan meraih simpati dengan merayu kepada pegawai untuk dilepaskan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button