Real ketepi Benzema, Modric jumpa Leipzig

MADRID: Real Madrid akan kehilangan khidmat pemenang Ballon d’Or tahun ini, Karim Benzema dan pemenang edisi 2018, Luka Modric pada pertemuan Liga Juara-Juara Eropah menentang RB Leipzig, awal pagi esok waktu Malaysia.

Menurut pengendalinya, Carlo Ancelotti, Benzema mempunyai masalah di paha kiri manakala Modric di bahagian otot paha.

Kecederaan kedua-dua pemain itu tidak serius, tetapi dengan Real sudah layak ke pusingan kalah mati, Ancelotti tidak mahu mengambil risiko kehilangan mereka untuk tempoh lebih lama sekiranya diturunkan.



“Bagi Karim dan Luka, ia hanya masalah fizikal yang kecil, tetapi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.

“Saya lebih rela kehilangan mereka untuk satu perlawanan daripada satu bulan,” kata Ancelotti.

Real juga akan turun tanpa kelibat arkitek Uruguay, Federico Valverde, yang cedera ketika kemenangan 3-1 ke atas Sevilla.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading