Kluster ‘Dinasti Lim’ dipinggirkan dari PRU15

Nama besar DAP tidak tercalon

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kluster 'Dinasti Lim' dipinggirkan dari PRU15

 



Pengumuman nama calon DAP bagi menghadapi PRU15 penuh kejutan apabila sebahagian besar kluster ‘Dinasti Lim’ dipinggirkan dari senarai bertanding.

Dijangkakan lebih ramai nama besar DAP akan diketepikan dari menjadi calon dengan alasan memberi ruang kepada muka baru.

Tony Pua, Wong Tuck antara kluster ‘Dinasti Lim’ yang tidak bertanding di PRU15.

Turut menarik perhatian apabila Ronnie Liu dikatakan sudah keluar dari DAP kerana kecewa dengan kepimpinan baru DAP.



Kluster 'Dinasti Lim' dipinggirkan dari PRU15
Tony Pua

Dikhabarkan sudah ada konflik dalaman melanda kepimpinan DAP namun masih belum dapat disahihkan lagi. 

Nama-nama tersebut amat sinonim dengan bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan telah menjadi pengikut setia Lim Kit Siang sejak awal penglibatan mereka dalam politik.

Desas-desus pula menyatakan beberapa nama besar lain dalam DAP akan bertukar kawasan tanpa kerelaan dan mereka perlu patuh kepada keputusan yang telah ditetapkan.

Sudah pasti pertukaran kawasan bertanding akan menjejaskan reputasi nama besar DAP kerana dianggap sebagai pengecut untuk mempertahankan kerusi masing-masing.



Kluster 'Dinasti Lim' dipinggirkan dari PRU15
Lim Guan Eng

Ini jelas memberi petunjuk, pengaruh ‘Dinasti Lim’ semakin dikikis dari DAP dan mereka mahu mewujudkan koloni baru dalam parti tersebut.

Walaupun Lim Guan Eng diletakkan sebagai Pengerusi DAP, kuasa sebenar adalah ditangan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Semalam, beliau melantik dirinya sendiri sebagai ‘mentor’ kepada Tengku Zulpuri yang akan diletakkan bertanding di Lipis selain menjadi ‘mentor’ kepadda calon Raub dan Cameron Highlands.

Teresa Kok turut dinamakan sebagai ‘mentor’ kepada Young Syefura untuk kerusi Bentong.



DAP yang akan bertanding 4 kerusi Parlimen di Pahang dijangkakan akan kalah di semua kerusi Parlimen yang ditandingi.

 

 

 



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading