Norhizam Baktee kekal bebas jika tanding PRU

Kekalkan maruah selepas keluar DAP

Oleh – Amran Klebang


Norhizam Baktee kekal bebas jika tanding PRU

Bekas Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee memilih untuk kekal sebagai calon bebas jika beliau mahu bertanding pada PRU kelak.



Norhizam berkata demikian semasa dihubungi menerusi panggilan telefon. 

Beliau mengakui ada mendapat tawaran dari NGO untuk bertanding pada PRU15, tetapi perlu bertanding di kawasan luar Melaka. 

Norhizam menegaskan, beliau menolak tawaran tersebut dengan baik kerana hanya berminat untuk bertanding di Melaka sahaja.

Beliau menjelaskan, untuk menjadi seorang wakil rakyat yang baik, dirinya perlu sentiasa berada dalam kawasan dan Kuala Lumpur bukanlah kawasan yang sesuai dengan jiwa beliau.



Bagi Norhizam, kerusi Parlimen Jasin dan Kota Melaka merupakan antara pilihan beliau untuk bertanding.

Bagaimanapun, menurut Norhizam, beliau memilih untuk berehat pada PRU15 dan akan kembali bertanding pada PRU16 akan datang.

Norhizam Baktee kekal bebas jika tanding PRU

Seringkali di salahanggap, Norhizam sebenarnya sangat dekat di hati pengundi kawasan beliau. Sebarang masalah yang timbul serta aduan sudah pasti akan ditangani seberapa segera. baginya, rakyat adalah ‘bos’ dan beliau perlu memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang diwalikinya.



Watak serta gelagat beliau dalam Dewan Undangan Negeri Melaka akan sentiasa diingati. 

Semoga Datuk Norhizam akan terus kekal dengan sikap merendah diri serta mesra rakyat walau kini bukan lagi bergelar Yang Berhormat.

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading