Selepas pergunakan Tommy Thomas ,Mahathir dan DAP cuci tangan enggan kena mengena.

Oleh Adam Malik

 

Tommy Thomas terpaksa bersendirian dalam menghadapi kes nya terhasil dari pendedahan dalam buku tulisan sendiri.



Memoir atau autobiograpi Tommy Thomas “Justice in the wilderness’ yang mendedah salah laku Mahathir dan juga secara tidak lansung pembabitan Tommy sendiri dalam urusan campurtangan perlantikan hakim kini membawa padah kepada Pakatan Harapan dan Mahathir.

Pasukan petugas khas yang menyiasat dapati sememang ada kesalahan dan pelanggaran akta pelantikan hakim yang Mahathir sememangnya terkenal semenjak zaman Tun Salleh Abbas dan Vicky Lingam lagi.

Malah perlantikan Hakim Nazlan dan kemudian Ketua Hakim Tunku Maimon juga terkait penuh kontroversi dan salah laku perlantikan melanggar peraturan JAC.



Namun , dalam semua perkara ini , Tun Mahathir cuba mencuci tangan dan sepert biasa sentiasa salah kan orang lain atau salah kan keadaan.

Mahathir tidak pernah salah.

Mungkin Tun Mahathir mengetahui kes Datuk Seri Najib Razak penuh kecacatan dan kejijikan baik dari segi maklumat ,sembunyi bukti dan percaturan hakim untuk menjatuh kan hukuman.



Maka , dengan kes Tommy bakal dibuka , kes DSNR bakal rosak dan mungkin gugur jika sah ada kerja belakang tabir melantik Hakim Nazlan dan kemudian ketua Hakim khusus untuk mengenakan DSNR.

Selain Tun Mahathir , DAP juga cuba cuci tangan dan asingkan diri dari kena mengena dengan kes gangguan terhadap perlantikan hakim dan juga bidang kehakiman.

Melalui Setia usaha Agung nya Anthony Loke , DAP mengistiyarkan mereka tidak akan masuk campur dan tidak akan membuat sebarang komen dan kenyataan berkenaan kes Tommy.



Anthony Loke menyatakan Tommy Thomas mampu mennjawab dan mampu menghadapinya sendiri.

Namun , semua tahu , DAP akan perguna Majlis Peguam untuk mewakili nya dalam membela Tommy.

Umum tahu peranan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam perlantikan Tommy.

Mahathir dalam kenyataan nya menyatakan jika dia tahu tommy Thomas berat sebelah dia tidak akan melantik nya.



Itu jawapan ‘antic’ Mahathir pada apa sahaja situasi jika Mahathir tersepit.

Mahathir berkata hal yang sama pada kes rasuah kroni nya Zeti Aziz dan juga hakim perlantikan Nazlan Ghazali.

Atas sebab itu Mahathir tidak desak kedua Zeti dan Nazlan didakwa segera walaupun Mahathir ‘syok’ sendiri mengaku parti PEJUANG dan diri nya benci rasuah.

Mahathir mencipta kes terhadap pemimpin UMNO hanya untuk jadikan platform menyatakan UMNO parti rasuah sambil tidak mengenakan pihak lain yang juga terima wang sepert Zeti , Nazlan , Hishamuddin , Khairy Jamaluddin , Muhyiddn Yassin, Mas Emiriati , Tok Pa, Nor Yakob dan juga diri nya sendiri dalam kes UKSB.



Memang benar apabila dikatakan kes DSNR bakal “collapse’ jika Nazlan dan Zeti didakwa kerana DSNR telah dihukum oleh seorang Hakim berstatus perasuah pada hari hukuman dijatuhkan.

Rasuah nya dilindungi dan disembunyikan oleh pentadbiran PH dan Mahathir.

Melindung jenayah AMLA dan rasuah adalah satu kesalahan besar, Mahathir dan beberapa pemimpin PH dan bekas pemimpin PH bakal berhadapan kes melindung dan menutup jenayah Zeti dan Nazlan jika BN kembali berkuasa.

Kini, satu demi satu muncul kebusukan yang banyak disembunyi dari pengetahuan rakyat.

Cubaan Mahathir dan DAP mencuci tangan dari terkait dengan kes Tommy Thomas sahaja sudah cukup beri ‘indicator’ bahawa memang banyak sungguh penyelewengan dan salah guna kuasa terjadi dibawah kerajaan 22 bulan PH tapi belum berkesempatan digeledah dan disiasat oleh BN.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button