Enam kereta rosak ditimpa serpihan tangki air pecah

PUTRAJAYA: Enam kereta dilaporkan rosak teruk akibat ditimpa serpihan tangki air yang pecah di pangsapuri Blok B, Penaga Mas, Taman Mas, Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangki air di tingkat atas pangsapuri itu dilaporkan pecah pada jam 7.15 petang dengan ketinggian 18.5 meter.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya kerosakan harta benda sahaja.



Katanya, bantuan lori air bersih dari Syarikat Air Selangor juga sudah disalurkan bagi membantu 172 pemilik rumah yang terkesan di pangsapuri itu.

Penduduk yang berhadapan kerosakan harta benda dan kenderaan diminta hadir ke Balai Polis Putra Perdana untuk membuat laporan bagi tuntutan insurans,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button