Komputer ramal Argentina juara Piala Dunia
LONDON: Komputer super Piala Dunia meramalkan Cristiano Ronaldo dan Portugal bakal kecewa di Qatar, manakala Argentina diterajui Lionel Messi bakal muncul juara.
Eksperimen dijalankan BCA Research itu berdasarkan data yang dikumpul daripada semua pasukan dan pemain yang bertanding, dan hasilnya – Argentina dan Portugal akan mara ke final.
Portugal belum pernah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia tetapi statistik pemain serta perlawanan empat edisi Piala Dunia sebelumnya menjangkakan skuad kendalian Fernando Santos itu akan berjaya pada edisi kali ini.
England pula diramalkan akan mengulangi pencapaian mereka di Piala Dunia Russia dengan sekali lagi mara ke separuh akhir, tetapi tewas menerusi penentuan penalti di tangan Portugal.
Kedua-dua pasukan mempunyai sejarah di kejohanan ini dengan England kendalian Sven Goran Eriksson pada tahun 2006 tewas penentuan penalti kepada Portugal di suku akhir.
The Three Lions kendalian Gareth Southgate dijangka akan memenangi Kumpulan B mengatasi Iran, Wales dan Amerika Syarikat.
Peratus kemenangan anak buah Southgate ke atas Iran adalah 84 peratus, 54 peratus ke atas Amerika Syarikat dan 77 peratus ke atas Wales.
England kemudian diramalkan akan mengatasi Senegal di pusingan kedua sebelum bertemu Mexico di suku akhir.
AGENSI