Kedah tidak lemah urus projek LRA

Oleh – Syeikh Baran


Kedah tidak lemah urus projek LRA
Muhammad Sanusi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membidas tuduhan kononnya kerajaan negeri lemah dalam menguruskan projek naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) sehingga berlaku kelewatan.

Kata beliau, kelewatan berlaku disebabkan peningkatan kos bahan binaan antara 40 hingga 70 peratus yang terpaksa dihadapi pihak kontraktor.



“Bila tender dianugerahkan berlaku peningkatan kos bahan binaan antara 40 hingga 70 peratus sedangkan tender diputuskan sebelum kenaikan harga itu.

“Saya rasa perkara ini patut diperbetulkan yang mana ia bukan kerana kelemahan mana-mana syarikat dipilih atau kerajaan negeri tidak boleh pantau projek,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Menurutnya, kenaikan kos bahan binaan itu menyumbang kepada kelewatan projek apabila pihak kontraktor perlu memohon Pengiraan Perubahan Harga (VOP) untuk menilai semula harga beberapa barangan terutama besi.

“Ada beberapa item yang diluluskan Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi berlaku lagi kenaikan dan perlu mohon lagi VOP, itu semua di luar bidang kuasa negeri.



“Kalau tidak diberi VOP kepada item-item itu, semua kontraktor akan hadapi masalah tetapi kontraktor sedang bina LRA di Kedah khususnya LRA Pelubang.

“Dia (kontraktor) teruskan pembinaan atas kapasiti sendiri dengan usaha-usaha untuk buat permohonan kelulusan (VOP) baharu diteruskan,” jelasnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button