Gelagat Tokti Bersama Afwa Cetus Perhatian Netizen [VIDEO]

“Uuu Tengah Study Ke Tu?”

Gelagat Tokti Bersama Afwa Cetus Perhatian Netizen [VIDEO]

Gelagat Tokti Bersama Afwa Cetus Perhatian Netizen [VIDEO]

Penyanyi terkenal negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Nak Tengok Upin Ipin”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang diambil dari instastory Tokti yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 18 ribu, tanda suka sebanyak 548 dan hampir 20 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang memakai cermin mata sedang membelek ipad miliknya untuk mencari kartun yang ingin ditonton olehnya itu.

@sitizoner

semoanyaaaaaa baikk #fyp #farmfreshmalaysia

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Rata-rata netizen teruja melihat kecomelan afwa ketika bersama Tokti itu. Mereka juga mengatakan bahawa kini Afwa semakin pandai untuk memilih kartun yang ingin ditontonnya.

“Gebusssnyaa Afwa hensemm ni”-kata mereka

“Comeynya pipi bambam”-tulis mereka

“Comelnya, pandainya kita sukaa”-tambah mereka

Gelagat Tokti Bersama Afwa Cetus Perhatian Netizen [VIDEO]
VIA TIKTOK
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak yang taat pada kedua ibu bapanya dan menjadi anak yang berbakti kepada mereka.

 

Gelagat Tokti Bersama Afwa Cetus Perhatian Netizen [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nasib UMNO Dalam Rombakan Kabinet

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker