Polis tahan pemilik akaun FB hina Sultan Johor

KUALA LUMPUR: Polis menahan pemilik akaun facebook ‘Indera Mulia’ yang memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan hari ini di sebuah rumah di Puchong, Selangor.

“Polis merampas satu telefon pintar berjenama Samsung dan sekeping sim kad Redone.



“Suspek dipercayai memuat naik hantaran berunsur penghinaan di akaun miliknya pada 20 April lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat esok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Orang ramai dinasihatkan tidak menyalahgunakan media sosial ” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading