KERTAS PUTIH FELDA (FORENSIK) – KENAPA MAKLUMAT SELEPAS ISU TIDAK DIBANGKITKAN?

AZMIN ALI TIDAK TELUS BENTANG KERTAS PUTIH FELDA?

Kertas Putih Felda

Berteraskan nilai FELDA yang mengutamakan warganya, komuniti peneroka adalah aset penting bagi kesinambungan FELDA dalam kemajuan bidang perladangan, pertanian dan kemasyarakatan demi masa depan negara.

Dengan ini, FELDA telah melaksanakan pelbagai program bagi kesejahteraan peneroka dan seluruh warganya yang merangkumi kesihatan, kepemimpinan, pembangunan belia dan institusi peneroka, pendidikan serta sukan.



Melalui pelaksanaan program-program seperti ini secara tidak langsung dapat membantu memacu pembangunan penempatan peneroka menjadi lebih progresif pada masa akan datang.

Bersesuaian dengan matlamat Felda, Felda  kini sedang berurusan secara professional dalam pengambilalihan semula tanah FGV yang telah dipindah milik secara tidak sah dan pemindahmilikan tersebut amat meragukan.

Felda sedar nilai aset yang ada  dan seharusnya Felda  mencari jalan yang terbaik demi kebaikan bersama terutama  bagi pihak peneroka.

Pada 10 April 2019, satu pembentangan Kertas Putih Felda telah dibuat didalam  Dewan Rakyat yang mana didalam laporan Forensiknya telah mengulang semula isu ini dalam laporan mereka.



Isu yang dibangkitkan didalam laporan forensik

Kes 5. Pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City ( KLVC)

1.5.3 – Pada 17 March 2017, Lembaga Pengarah FELDA telah dimaklumkan bahawa sebahagian besar tanah FELDA  di Jalan Semarak telah dipindah milik kepada Syarikat F dan syarikat bersekutunya ( Syarikat G) tanpa kelulusan FELDA melalui empat S&P yang dilaksanakan oleh Syarikat F bagi pihak FELDA berdasarkan kuasa yang diberikan melalui Surat Kuasa Wakil ( POA)

Sedangkan pada tindakan yang telah berlaku pada 15 Januari 2018 pula tidak disebut sebagai tindakan sewajarnya yang telah diambil oleh FELDA berhubung kait dengan persoalan yang dibangkitkan.



29 Januari 2018 Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengadakan rundingan mengenai penambahbaikan terhadap pelaksanaan Perjanjian Pembangunan dengan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Penubuhan jawatankuasa itu dibuat susulan perjanjian persefahaman yang ditandatangani di antara Felda dan SPSB pada 15 Jan 2018 di mana pihak pemaju iaitu SPSB telah secara sukarela bersetuju mengembalikan hak milik kesemua 16 lot tanah kepada Felda tanpa kos.

SPSB, yang juga pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), turut bersetuju menyerahkan  kesemua suratan  hak milik hartanah tersebut untuk didaftarkan semula atas nama Felda.

Sesajajar dengan tindakan ini seharusnya pihak yang mengeluarkan kertas forensik mengulangi semula kes ini dalam laporan forensik Felda berkaitan isu ini seakan isu ini tiada tindakan dan masih kekal pada situasi yang sama.



Kertas Putih Felda

Persoalannya sekarang apakah maklumat yang dipaparkan dalam laporan forensik tersebut hanya berdasarkan kejadian yang pertama berlaku tanpa merujuk tindakan rindakan selepas itu dan tiada dinyatakan sepenuhnya.

Secara ringkasnya, laporan yang dibentangkan dalam kertas forensik tersebut hendaklah dikaji semula kebenaran maklumat yang dipaparkan. Ianya bukan sahaja memaparkan maklumat yang kurang tepat malah tidak merujuk kepada tindakan selepas kejadian.

Justeru itu, adalah amat meragukan setiap butiran maklumat yang dipaparkan didalam kertas forensik yang tidak memaparkan maklumat kejadian secara meyeluruh.



Secara tidak langsung ianya mendatangkan keraguan kepada pihak peneroka dan sekali gus menjatuhkan reputasi FELDA itu sendiri.

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

 



KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button