Korea Selatan janji tidak hampakan penyokong

LONDON: Pemain tengah, Hwang In-beom berkata Korea Selatan akan membanggakan negara mereka apabila akan membuat penampilan ke-11 pada pusingan akhir Piala Dunia di Qatar tahun ini.

Pemain berusia 26 tahun itu masih ingat pada Piala Dunia 2002 di negaranya apabila Korea Selatan menyingkirkan Itali pada pusingan 16 terakhir yang memberi inspirasi buatnya bergelar pemain bola sepak.

“Saya tahu ramai penyokong menantikannya, saya tahu jangkaan tinggi mereka terhadap kami. Kami mahu bermain bola sepak yang boleh membuatkan mereka bangga,” kata Hwang di laman sesawang FIFA.



“Kami sekurang-kurangnya akan melalui tiga perlawanan, jadi itu minimum 270 minit dalam bola sepak. Saya boleh berjanji kepada penyokong kami tidak akan hilang fokus walaupun seminit. Saya harap penyokong akan ada di belakang kami.

“Kami tidak akan menghampakan anda.”

Pemain Olympiakos itu akan membuat penampilan pertama dalam kejohanan itu bersama “Taegeuk Warriors” dan berkata pasukan itu kini lebih bersatu di bawah jurulatih Portugal, Paulo Bento.

“Selepas empat tahun di bawah seorang jurulatih, pemain kini sudah faham antara satu sama lain dengan sangat bagus. Kami teratur sebagai satu unit dan ada semangat berpasukan yang jitu dalam, skuad,” kata Hwang. – REUTERS.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button