Musim panas melampau kini kebiasaan di EU

Musim panas melampau kini kebiasaan di EU

Musim panas melampau kini kebiasaan di EU
Kanak-kanak sekolah menyejukkan badan dengan berdiri berdekatan pancutan air di dataran Plaza Espana di Seville, Andalusia ketika negara itu dilanda gelombang haba. – Foto AFP

COPENHAGEN: Eropah mesti bersedia menghadapi cuaca aneh berkaitan iklim pada musim panas ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Alam Sekitar (EEA) EU.

Perubahan iklim menyebabkan cuaca di Eropah menjadi lebih melampau, menurut agensi yang berpangkalan di Copenhagen itu pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat semasa pelancaran portal yang melihat dengan lebih dekat gelombang haba, kemarau, banjir, kebakaran hutan dan fenomena lain sebelum ini.

Tinjauan keseluruhan adalah negatif dan penyesuaian kepada perubahan iklim adalah penting, tegas pakar EEA.

Menerusi gambaran keseluruhan dalam talian bertajuk ‘Cuaca musim panas melampau dalam iklim yang berubah-ubah: Adakah Eropah bersedia?’, EEA akan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana cuaca melampau semakin menjejaskan penduduk, ekonomi dan alam semula jadi di Eropah.

Laman sesawang itu menjelaskan, fenomena cuaca melampau pada musim panas yang lalu adalah perkara yang boleh dijangka pada masa hadapan mengikut ramalan saintifik dan sejauh mana rantau ini bersedia untuknya.

Ia bermatlamat untuk menyediakan pembuat keputusan dan orang ramai dengan maklumat serta data terkini mengenai keperluan mendesak memerangi krisis iklim. – BERNAMA-dpa

Musim panas melampau kini kebiasaan di EU


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker