Hari Ketiga Dah Orang Marah Cik B Masuk Tandas

Imej ‘Serupa Lelaki’, Vida Tunjuk Video ‘Pak Guard’ Keliru

 

Hari Ketiga Dah Orang Marah Cik B Masuk Tandas

Hari Ketiga Dah Orang Marah Cik B Masuk Tandas

Gara-gara berambut pendek dan pemakaiannya yang kelihatan seperti lelaki, anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ‘diragui’ oleh pengawal di sebuah pusat beli belah susulan memasuki tanda wanita.



Disebabkan kekeliruan itu, Vida yang turut berada di tempat sama tampil menerangkan hal sebenar kepada pengawal berkenaan, bahawa Cik B seorang perempuan.

Cik B sebelum masuk ke tandas juga memberitahu, ‘im a girl’.

Malah video berkaitan turut dikongsikan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini menerusi Instagram, hingga menerima perhatian wargamaya.

“Hari ini hari ketiga dah orang marah Cik B masuk tandas. Kata ‘hello helo’ jaga (pengawal keselamatan) itu marah. Cik B dah masuk dalam tandas, mamalah kena jawab,” kata Vida di dalam video terbabit.



Sementara itu pada ruangan kapsyen, Vida turut meminta maaf kepada Cik B kerana memotong rambut anaknya itu sehingga pendek.

“Maafkan mama Cik B, Mama salah sebab potong rambut Cik B,” tulisnya.

Sebelum ini, Vida ada memberikan penjelasan berhubung imej terbaharu Cik B yang memotong rambut pendek.

Vida memohon  agar semua pihak memberi ruang dan masa buat anaknya yang kini berusia 17 tahun untuk meneroka zaman remajanya.



Bayi Berambut Seperti ‘Mop’ Lantai

Hari Ketiga Dah Orang Marah Cik B Masuk Tandas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button