Netizen Suka Imej Cik B Rambut Panjang

"Lawa… Macam Pelakon Korea."

Netizen Suka Imej Cik B Rambut Panjang

Netizen Suka Imej Cik B Rambut Panjang

Sering tampil dengan gaya boyish dan lasak, penampilan anak perempuan usahawan sensasi Datuk Seri Vida, Cik B yang menggayakan rambut palsu panjang mengurai mendapat pujian netizen.

Menerusi perkongsian Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 17, di akaun TikTok miliknya, selain menggenakan rambut palsu, Cik B turut menyarung gaun berkilauan untuk melengkapkan gayanya.



Menerusi video itu, Cik B merakamkan video lagu Swipe nyanyian rapper Alyph yang kini menjadi siulan di media sosial tersebut.

@cikb_havoc Aku ada type #fyp #fypシ ♬ SWIPE – ALYPH

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya menyatakan mereka tidak menyangka itu adalah Cik B, malah ada yang menyuruhnya untuk mengekalkan ‘look’ sebegitu yang kelihatan lebih manis dan ayu.

“Cik B, ini betul-betul kena. Cantik!

“Kan comel, feminin.



“Cantiklah Cik B.  Macam Vicha pun ada, dua-dua pun cantik, comel.

“Lah Cik B ke?  Hihi cantik sangat.

“Lawalah Cik B, macam pelakon Korea.

“Cik B macam ini baru ayu,” tulis netizen yang teruja dengan ‘transformasi’ gaya yang ditunjukkan Cik B.



Netizen Suka Imej Cik B Rambut Panjang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button