Mihas edisi ke-19 catat jualan RM3.11b

Mihas edisi ke-19 catat jualan RM3.11b

Mihas edisi ke-19 catat jualan RM3.11b
MIHAS 2023 membabitkan pempamer dari 40 negara.

PAMERAN Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas 2023) edisi ke-19 yang juga pameran halal terbesar di dunia berjaya mencatat jualan RM3.11 bilion, melebihi sasaran awal RM2.5 bilion sebanyak 24 peratus, sekali gus menekankan kepentingannya sebagai platform perdagangan global terulung bagi industri halal.

Mihas yang berlangsung selama lima hari bermula 11 September dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dan dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Dalam satu kenyataan, Matrade berkata jualan itu disumbangkan oleh perjanjian perniagaan daripada dua program utama Mihas, iaitu Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang dianjurkan pada 11 September untuk pengeksport Malaysia dan pameran perdagangan utama yang melibatkan pempamer dari 40 negara.

“Pencapaian jualan RM3.11 bilion yang membanggakan, melepasi sasaran kami sebanyak 24 peratus, membuktikan Mihas masih menjadi platform halal global yang terulung,” kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, Pelan Induk Industri Halal Malaysia 2030 menyasarkan sumbangan industri sebanyak RM266 bilion, atau 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang 2030.

“Dalam mencapai matlamat ini, kami akan terus membina momentum yang dijana oleh Mihas 2023, terutamanya dalam memudahkan akses pasaran untuk pemain industri halal kami kepada rantaian bekalan utama di seluruh dunia.

“Paling penting, selaras dengan agenda menjamin keselamatan ekonomi dan keterangkuman Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 kita, platform seperti Mihas juga menyumbang dengan ketara kepada objektif kerajaan untuk mengantarabangsakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal di Asia,” katanya.

Mihas edisi ke-19 catat jualan RM3.11b


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

MP Langkawi Minta MRT Dari Alor Setar Ke Kuah!!!

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker